Syukur Alhamdulillah!
Pada 10 Ogos 2026, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Surau Ar-Rayyan@Larai bagi Tahun 2025 dengan jayanya. Majlis ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Ustazah Kesumawati binti Kasim, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Pihak jawatankuasa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada perasmi serta seluruh kariah yang hadir bagi menjayakan mesyuarat ini. Semoga segala ketetapan dan perancangan yang dibuat dapat memacu Surau Ar-Rayyan ke arah pengimarahan yang lebih cemerlang.

