PROGRAM CELIK PENGURUSAN KEWANGAN BERSAMA KOMUNITI PUTRAJAYA BERJAYA DIANJURKAN
?MAIWP Cawangan Putrajaya dengan kerjasama Surau Ar-Rayyan, PPAM Larai telah berjaya menganjurkan Program Celik Pengurusan Kewangan Bersama Komuniti Putrajaya bertempat di Surau Ar-Rayyan, Presint 6. Majlis penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Encik Affandey bin Yaakub, Pengurus Kanan MAIWP Cawangan Putrajaya.
?Program ini dianjurkan bertujuan memberi pendedahan ilmu perancangan kewangan yang praktikal demi memperkasakan ekonomi isi rumah. Antara pengisian utama program termasuklah slot motivasi dan pengurusan kewangan bersama penceramah berkaliber dan kaunter semakan khairat kematian.
?Pihak MAIWP dan jawatankuasa Surau Ar-Rayyan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh penduduk setempat yang hadir menjayakan program ini.
Semoga perkongsian ilmu yang disampaikan dapat membantu komuniti mengurus kewangan secara lebih berkesan demi masa depan yang lebih terjamin.

